Pusat Kewangan Lestari (Centre for Financial Sustainability, CFS)
Pusat Kewangan Lestari, Universiti Malaysia Kelantan telah ditubuhkan pada 1 Julai 2025 bagi menyokong usaha universiti ke arah kelestarian kewangan jangka panjang secara strategik, terancang dan berimpak.
CFS dicadangkan sebagai satu inisiatif untuk memperkukuhkan sumber kewangan melalui pendanaan dan penjanaan pendapatan universiti secara mampan. Melalui konsep filantropi, endowmen, wakaf, dan penjanaan pendapatan, UMK berupaya membangunkan pelbagai inisiatif akademik, penyelidikan, kebajikan, dan keusahawanan yang selaras dengan aspirasi universiti sebagai peneraju pendidikan keusahawanan di Malaysia.
Struktur organisasi pusat ini terdiri daripada tiga bahagian utama:
Bahagian Pendanaan – meliputi Unit Endowmen & Kursi Penyelidikan, Unit Wakaf & Infak, dan Unit Zakat.
Bahagian Penjanaan – meliputi Unit Penjanaan Ruang, Fasiliti & AM, dan Unit Penjanaan Akademik, Penyelidikan & Inovasi.
Bahagian Pentadbiran & Kewangan – bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan tadbir urus pusat.
Visi
Menerajui kewangan lestari, memacu universiti berdaya tahan.
Misi
Objektif